Ahad & Blog Bersatu...

Category:

Kerja hari ni cuma intai2 dan terjah blog org sambil menggodek2 blog terbaru nih utk kelihatan lengkap siap sedia utk berblog.. blogshop kedaibestari, sila dok bersabar dulu buat beberapa ketika ni ya...Di sini ada misi tak kurang penting utk di laksanakan seketika ( ayat tak hengat..hoho )..

Sambil2 tu mengumpulkan juga material2 termasuk artikel2 yg di rasakan sesuai utk di post kan nnt. Mungkin termasuk kerja2 copy and paste tentunya..huhuhu.. tp aku akan cuba edit dan edit mengikut gaya aku sebolehnya..InsyaAllah..


Perlukan sedikit 'jogging' ptg ini memandangkan aktiviti ni dah lama sgt ditinggalkan= pancit ofkos..huhuhu.. bye
BACA LAGI

Malaikat mu...

Category:

Salam Sejahtera dan Salam Ukhwah!

Ini posting pertama saya utk blog peribadi dan sengaja saya mulakan dengan kisah ini yg bagi saya amat memberi makna. Harap dapat menyemai sedikit bakti kepada yg masih belum membacanya. Kredit utk seseorang yg telah sudi berkongsi sama...

Ø Malaikat mu.. ...

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia....

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"
Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan
sudah cukup bagi saya untuk berbahagia ."
"Malaikat mu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikat mu akan berbicara kepada mu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepada Mu ?""
Malaikat mu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"
"Malaikat mu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikat mu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar,

dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikat mu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat...

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar....sesunggu hanya
Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa- dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"Sampaikan lah walau satu ayat"


Kredit untuk Nur Dhiya Faizah krn telah meng emailkan kisah ini kepada saya.
BACA LAGI